Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

08 February, 2017

1st Update 2017- Dina Masuk Taska

Assalam... wah gilerrrr la lama tak update.
Memang bizi.. serius bizi ya amat haha.. Itu hari nak update blog... aci nak taip tajuk..ada kija pulakk!  Hu Hu!

Back to story lah (bukan ada nak baca pun taip panjang2 + blog dah bersawang tebal, takde reader dah rasanya heee)


29/12/2016 (Khamis)
Tetiba dina asyik ckp NAK GI SKOOL.. pagi petang siang malam.
Umi & abah pulak tak plan pun nak hantar dina skool sbb nak kasi dia kawan puas2 dulu dengan tok mek dia (pengasuh).
Ish tak boleh jadi ni so last minit decided cari taska.
Hari test duk taska 30minit, tak nak masuk dalam sebab nak main kat playground.
Baju merah tu kak wani (pendidik situ).

Cari punya cari, dapatlah yang dkt rumah ni.
Tertarik dengan aktiviti yang dorang update kat FB.
Sbb certain-certain taska... IT'S JUST A TASKA.. jaga budak without any activities.
++ taska ni ada CCTV.
Nak main je walau mata dah ngantuk

So try bawa Dina 30minit, eh suka pulak dia.. so memang confirmlah hantar situ hehe.
Situ terima dari 3bln-4years only with 5pendidik + 1pengurus.
Total 16kids only 😎

1/1/2017 (Ahad).
REGISTER DINA KAT TASKA.

Registration fees:  RM205 (insurans / uniform dll- tak ingat haha)

Montyly:  RM250 (3-4tahun) / 3bln-2tahun (RM300).
Ahad-Rabu:  7.30pg-5.30ptg / Khamis:  7.30pg-4.30ptg.

Kita apply cuti 2days kekononnya nak stay for a whole day situ kut dina nanges.
Tp alhamdulillah, kita duk 1jam je (for registration & briefing)... pengurus guna kaedah dia la nak suh kids leka & tak bg ikut parents balik.  Dina sempat nanges 2minit je kut hehe.
So esoknya kita cancel la cuti (Sayang weh, better tolak GCR banyak2 heeee).
Control your body

Hasil dari 1st day, Dina tak nak balik.. handoiiii!
Penat pujuk baru nak balik hehe.
 Secure

Selepas 3minggu Dina kat taska, 1kemajuan bila Dina dah diaper free (not fully 100% la).
Dah pandai cakap nak kencing / nak uk uk.
Seminggu pertama tu bocor lah jgk tp proses pembelajaran beb!
 Cakkkk

Tak apa-apa masalah lagi setakat ni.
Dina memang seronok gi skool.
Dah boleh hafal ABC, numbering, alif ba ta.
Kalau kat umah paksa kita baca doa mkn dulu heehe.
Belajar Alif Ba Ta

Kita pun suka sebab taska tu memupuk aktiviti menabung.
Dorang akan catit setiap hari.  Once tabung full, dorang akan bg semula 💗
Collage

Pagi abah dina hantar (sebab mmg dah ontheway kija).
Balik kita amik (walaupun memang tak ontheway langsung!)
Tabung Dina kat taska (rase secure sikit.. kalau simpan kat umah.. tahun lepas penyangak amik tabung dina.. rasanya almost 1k kot dlm bekas besar gabak dari ni)
Ahad wajib pakai uniform.. semua hensem & tomey.

Ok itu saja kisah dina & taska.

07 December, 2016

Pelanggan Pertama Chomelista Homestay, Pasir Mas

Pada 4-6 Disember 2016 (JUmaat-Sabtu) yang lepas, Hj. Zainal sekeluarga dari Klang telah menginap di Chomelista Homestay, Pasir Mas.
Seperti yang dijanjikan, hanya RM80/mlm.
Welcome drinks / food

Berdebar tak usah cakap.  Ye lah sebab nak entertain penghuni pertama kita ni.
Tak tahu apa persepesi dia nanti sebab kita tak ada pengalaman sedikit pun dalam bidang homestay servis (pengalaman buka vendor butik / carbootsale tu ada lah hehe).
Towel bilik utama

Kami jumpa di depan JPN Pasir Mas waktu Maghrib & follow kami ke homestay.
Pada mulanya Hj. Zainal ingin menukar homestay (gedebukkk rasa nak luruh jantung).. sebab katanya sangka BETUL-BETUL DI TENGAH BANDAR PASIR MAS.

Oh yang di tengah bandar pasir mas tu ialah KLINIK BANDAR P. MAS.
Beliau bertanya ada HOTEL KE DI P. MAS?
Ada.. bukan tiada tapi tiadalah hotel taraf2 mewah, ada bulan bintang.. sekadar hotel2 biasa sahaja.
Towel bilik tengah

Saya masuk rumah & beramah mesra dengan wife nya.
Wife Hj. Zainal memuji homestay kami cantik.
Saya juga minta maaf sekiranya ada kekurangan.

Towel bilik kecil

Macam biasa, Dina pun beramah mesra juga dengan wife Hj. Zainal.
Duk explain dgn ramahnya mengenai toysnya yg diletakkan di ruang beraktiviti kanak-kanak.

Selepas berdiskusi, Hj. Zainal setuju sahaja menetap di homestay kami.
Air kotak dalam peti.
RM1 sekotak ye (suka sebab lepas tu banyak rompong) :)

Bila hari check out, berdebar juga nak dengar khabar berita dari suami (sebab klinik suami berdekatan dgn homestay).  Lepas dengar, alhamdulillah... Hj. Zainal berpuas hati dengan servis yang kami tawarkan kerana belum pernah ada homestay yang sedikan air kotak & welcome drinks specially makanan yang banyak.

Alhamdulillah sekali lagi, syukur!

Berminat stay di homestay kami?
Wassap / call:  017-9616119 (fizi) / 012-3308551 (fida)
FB: chomelista-homestay
Instagram:  chomelista.homestay
Blog: http://chomelista-homestay.blogspot.com

23 November, 2016

Sekitar Majlis Tahlil Chomelista Homestay Pasir Mas

Alhamdulillah, majlis kesyukuran sempena pembukaan Chomelista Homestay di Pasir Mas telah berjalan dengan lancar pada 17 November 2016 (Khamis) yang lepas.

Kami suami isteri berhempas pulas menyiapkan homestay ni.
(Sebenarnya suami yang lebih buat kerja, sang isteri bantu je hehe).
Kami anak beranak gigih siapkan homestay di pasir mas ni

Sebelum dapat kunci
Yang kanan tu doktor pakar pergigian di Pasir Mas :-)

Tak susah-susah nak order makan sebab nya mak mertua kita memang jual nasi makanya, order dengan dia aje lah hehehe.  Buat lauk pauk simple ala-ala kampung je.
Solat zuhur.  Mereka ni semua pembantu pembedahan pergigian :-)



Suami jemput geng-geng Klinik / Hospital sebab tu lah dalam gambar kelihatan ramai uniform putih (sebab suami pun pakai uniform kan) :P
Suasana majlis
Solat hajat

12.40tghari geng-geng klinik suami dah mula menyerbu.. nasib baik baby sitter kita masa kita baby dulu datang tolong.. kalau tak... nanges kita :P
Inilah dia baby sitter kita masa kita kecik dulu.  Sekarang anak kita pula yang manja dengan baby sitter kita.  Wah off topic pulak ni.

Pada mulanya majlis kami bajet sehingga 5petang je tapi tetamu tak henti datang sehingga 6.45petang.  Tetamu yang datang lihat-lihat dalam rumah.
Suasana majlis

Alhamdulillah ramai yang puji sebab memang kita sediakan perkakasan cukup lengkap.
Tetamu yang nak datang boleh bawa badan je.  Towel / sejadah / telekung.
& tak kurang juga yang terkejut & tak benarkan kami letak harga RM80/MLM kerana mereka juga ada homestay di kejiranan sama dengan harga RM150/mlm tapi tak cukup lengkap.

Tak apa, kami buat harga promosi sehingga 31 Disember 2016 ni sahaja.
Petang-petang jemput kanak2 pulak, sebab dorang kan keluar bermain :-)

Jiran-jiran pun kita jemput juga.  Ye lah kita kan hidup berjiran, kena lah jemput kan.
Kanak-kanak pun ramai datang.  Memang happening kawasan tu, semua jiran-jiran tak sombong.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Sesiapa yang nak cari HOMESTAY DI PASIR MAS, kami antara pilihan yang ada.
InsyaAllah SELAMAT / SELESA / PERMAI TIADA PENCEMARAN BUNYI & LENGKAP DENGAN SEGALA KEMUDAHAN).

Hubungi:  017-9616119 (fizi)

14 November, 2016

Chomelista Homestay, Pasir Mas

Assalamualaikum.... ni kita just nak maklumkan, insyaAllah kita akan open CHOMELISTA HOMESTAY, Pasir Mas Kelanta pada 20 November 2016 ni.  Lokasi betul2 BELAKANG HOSPITAL PASIR MAS (700meter).
Main room + aircond

Dah boleh buat booking.
Nak cuti sekolah dah tak lama lagi dah ni.
Harga?  Toksah risau tuan-tuan / puan-puan.. di saat ekonomi tengah menggila & tak menentu ni.. kami buat promosi sehingga 31 Disember 2016.

  • 1-10mlm:  RM80/mlm
  • 11-20mlm:  RM70/mlm
  • 21-30mlm: RM60/mlm
Murah kan?  Toksah risaulah... ni kita bagi details homestay kita.


Lokasi:
  • Hospital Pasir Mas:  700meter
  • PKD Pasir Mas:  750meter
  • SMK (A) Lati:  850meter
  • SK Pendidikan Khas: 900meter
  • Bandar Pasir Mas: 3km
  • Rantau Panjang:  23km
  • Pengkalan Kubor:  30km
  • Wakaf Che Yeh: 19km
  • Kota Bharu:  23km
  • Airport Pengkalan Chepa: 31km
  • Kedai mkn / Kedai runcit:  ada sepanjang jalan & banyak pilihan
 Kemudahan rumah:
  • Teres 3bilik tido (1bilik aircond), 2bilik air
  • Cukup lengkap radas2 dalam rumah
  • Astro Njoi
  • Ada ruang untuk anak beraktiviti, so anak-anak pun tak boring
  • Permai, tenang & tak ada pencemaran bunyi
 Anak-anak boleh main kat sini (tak keluarkan lagi toys2 tu)

Antara Homestay termurah di kawasan area2 berdekatan (homestay di pasir mas, kelantan).
Booking sementara masih opening promo ni, tahun 2017 dah kembali kepada harga asal RM100++.
At least boleh simpan duit untuk shopping pulak kan?  Hehe.
Ruang makan

Jangan risau, selesa & cukup lengkap, nak masak-masak, nak iron baju.. kita sediakan semua.

Berminat?
Call / Wassap 017-9616119 (fizi) / 012-3308551 (fida)

Instagram:  chomelista.homestay (klik je)
Blog:  http://chomelista-homestay.blogspot.com


24 October, 2016

Bad Shuttle Service From The Youniq Hotel, Sepang

Kami landing di KLIA2 tepat 8mlm.
Lps amik luggage, kami sesaja mencuba nasib ke meeting point btul2 dpn OLD TOWN WHITE COFFEE kot le sempat kejar shuttle van 8.15pm tu tp tak sempat sbb kami sampai 8.20pm.
But at least kami tahu la ke mana hala lps tu kan.
Youniq siap emel gambar ptt tunggu kat mana.  Mmg kita tunggu di sini sejak 9.40pm-10.25pm... rupa staff youniq pun tarak!

Then kami decide nak gi mkn dululah.. nak tggu shuttle van 10pm tu lambat lagi so kami riki2 tempat mkn... mula2 gi My Hometown White Coffee... makkk oii.. nasi goreng hentam RM26++ hahahah telan air liur laju2... so abah gi cari tempat lain... last2 gi Texas la... sedap gak ayam weh... 2nd time mkn kat situ... 1st time masa gi Guangzhou 2thn lps heee!

Kita booking awal2 lagi dari Youniq Hotel

9.40pm kami gerak ke Old Town White Coffee... tggu situ tak gi mana2 pun sbb shuttle van 10pm & akan bertolak ke hotel 10.15pm.

Kami jenguk2 juga kot driver tunjuk board tulis THE YOUNIQ HOTEL tapi takde pun.
10.05pm abah dina keluar kat kereta banyak2 dpn tu kot ada shuttle van tapi takde rupa pun (acceli kami pernah naik van ni last year so kenal lah van mana).
Dinner kat sini dulu

Kita still tercongok dpn OLD TOWN tapi takde.
Kami dah gelisah... sbb jam dah  10.15pm.. ish KITA SALAH TEMPAT TUNGGU KE ni?
Cek emel semula.. mmg betullah SEBIJIK DALAM GAMBO tu tp mmg tak ada org YOUNIQ HOTEL NIH.

Dina tak reti penat... main je kija dia huhu.
 

10.25pm kita call hotel.

Kita:  Hello... en. ckp ada shuttle van 10pm tp nape tak pick up kitorg?  Ke mmg tak pick up pun?
Youniq:  Eh... driver kita dah balik la.. dah pick up tadi

Kita:  Pick up?  Nape tak amik kitorg?  Kitorg tunggu 9.40pm lg tau tak?  Dah lama booking ni.. thru emel lagi,
Youniq:  Slh tempat kot?
Kita:  Salah tempat apanya?  Betul2 OLD TOWN ni.. mmg tak gerak ke mana2.. asben siap keluar lg cari van korang.. takde pun!  Dah la bawak anak kecik lg ni.. abis tu cemana ni?
Youniq:  Ye ke betul OLD TOWN?  Driver kita pick up grup cina 2org td... awk gi kelain kot.

Kita:  Ke lain apa nya?  Mmg tak gi mana2... tercongok dpn ni je!  Abis tu cemana ni?
Youniq:  tak dpt tlg lah... Nak shuttle.. pukul 12pg pulak.
Kita:  Allah.. takleh tlg ke... kita dgn anak kecik lg.. lg pun dah lama booking.. takpelah awk ckp dgn asben sy.
 Bilik 217

Lps abah dina ckp... kita decide pergi dgn CAB jah la.
Eiii kalau tau jadi gini.. awal2 lagi kita naik cab lah... buang masa je tunggu!
Mcm kita pula dipersalahkan sedangkan driver dorg yg tak muncul tiba.
Ini je yg snap gamba... takde mood nak snap gambo bilik

Sampai recpetion tu... laki yg ckp kat phone tu tanya AWK YG CALL TADI YA?
Kami bertegang lidah jgk la.
Dia kata TAKPE,... NANTI SAYA CALL DRIVER 10PM TD.. NANTI DIA DTG.. AWK TLG CAMKAN, DIA PERGI KE TIDAK TADI!  Kami cakap OK.. CALL LAH.. KITA CAMKAN!
Call punya call.. DRIVER 10PM tu off hp!
Lagi menambah sakit hati... kenapa off hp?  Grrr.
The toilet

Kita tak ckp banyak.. terus beli tiket shuttle van 7pg besok ke KLIA2 RM5.30seorang.
Dina pun dia charge jugak.. WEH... DAH LA TAK MINTAK MAAF ATAS KESALAHAN DEPA.. CHARGE PULAK RM5.30 DGN DINA.  Ya betul... 2tahun ke atas dah layak charge TAPI KORANG TAKDE PERASAAN KE KITA SAMPAI KLIA PENAT2, LAMA TUNGGU PUN PENAT, THE END PERGI DGN CAB.   Bayar je lah... mls ckp banyak.

Naik bilik, terus mandi, solat & tido.
Ikut heran dina tanak tido lg sbb dia excited tp kami paksa tido heheh.
(Kita tak kisah mana pun rupa bilik kecik ke besor ke.. pergi utk tido jah pung).


Ok lah sambung lg!